Konvoi Kembara Kenali Borneo hari ketiga jelajah empat daerah

Facebook
WhatsApp

SANDAKAN: Kembara Kenali Borneo hari ini dijadual akan meneruskan perjalanan menelusuri empat daerah iaitu Sandakan, Beluran, Telupid dan Ranau.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama peserta konvoi itu dijangka berangkat dari Sandakan menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok.

Antara tempat persinggahan lain konvoi adalah Institut Perhutanan Sabah di daerah Telupid, Tagal Sungai Moroli di daerah Ranau dan Majlis Santapan Bersama Rakyat pada malam ini di Pentas Budaya, Kundasang.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – Bernama

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam.