Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kontraktor lantikan terima LoA projek naik taraf fasiliti ICQS Sungai Tujoh  
  • SEMASA

Kontraktor lantikan terima LoA projek naik taraf fasiliti ICQS Sungai Tujoh  

Utusan Sarawak 1 month ago
DATO Sri Lee Kim Shin menyaksikan Penyerahan Dokumen Surat Anugerah (LoA) oleh Ir. Stephen Ung Neng Hui kepada pihak kontraktor yang dilantik bagi projek menaik taraf fasiliti di ICQS Sungai Tujoh, Miri.

MIRI: Projek menaik taraf fasiliti di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di sempadan antara Brunei Darussalam dan Miri.

Pelaksanaan projek ini dijangka dapat mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen, kastam, serta kawalan keselamatan, sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna yang keluar dan masuk melalui pintu sempadan ini.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, berkata demikian pada majlis penyerahan dokumen Surat Anugerah (LoA) di sini, semalam.

Katanya, kepentingan projek ini ialah untuk meningkatkan kecekapan sistem kawalan di ICQS Sungai Tujoh serta memperkukuhkan hubungan perdagangan dan pergerakan antara Sarawak dan Brunei.

“Kerajaan Sarawak terus komited dalam memastikan infrastruktur di kawasan sempadan dinaik taraf secara berterusan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kelancaran perhubungan antara negeri dan negara jiran,” katanya.

Penyerahan rasmi dokumen LoA oleh Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri Ir. Stephen Ung Neng Hui kepada pihak kontraktor yang dilantik.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ASEAN sedia bantu Myanmar, Thailand dalam usaha tindak balas bencana – Menteri Luar Malaysia
Next: Senarai kumpulan baharu ahli majlis dimuktamadkan, tunggu kelulusan Tun Wan Junaidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.