Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kontraktor dipilih harus siap projek ikut jadual dalam tawaran tender
  • Selatan
  • WILAYAH

Kontraktor dipilih harus siap projek ikut jadual dalam tawaran tender

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Francis Harden Hollis telah turun padang meninjau pelaksanaan empat projek rakyat di kawasannya, semalam. Foto ADUN Simanggang
 

SIMANGGANG: Kontraktor yang telah dipilih dalam sesuatu projek hendaklah menyiapkan pembinaan projek tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam tawaran tender.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, berkata ini bagi memastikan sesuatu projek disiapkan mengikut jadual ditetapkan, termasuk mengelak berlakunya isu kontraktor culas dan mengabaikan aspek piawaian projek, khususnya membabitkan aspek keselamatan.

Malah, katanya, agensi pelaksana, begitu juga wakil rakyat perlu sentiasa memantau perkembangan projek dilaksanakan itu kerana ia membabitkan kepentingan rakyat.

Justeru, Harden mengingatkan kontraktor agar menyiapkan projek mengikut jadual dan turut meminta penduduk yang terlibat dalam projek-projek tersebut agar memberi kerjasama kepada kontraktor bagi memastikan kelancaran projek.

DATUK Francis Harden Hollis telah turun padang meninjau pelaksanaan empat projek rakyat di kawasannya, semalam. Foto ADUN Simanggang
 

Dalam pada itu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang telah turun padang meninjau pelaksanaan empat projek rakyat di kawasannya, semalam.

Projek pertama dilawati ialah projek membina jalan akses ke tapak rumah panjang baharu, Rumah Thoma Barau di Kampung Genting San, Undop, Sri Aman.

Projek tersebut perlu disiapkan dalam tempoh enam bulan bermula dari 3 Januari hingga 2 Julai tahun ini, dan agensi pelaksana bagi projek tersebut ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman.

Lokasi kedua dilawati Harden ialah Projek Membina Rumah Panjang Baru, Rumah Japing Gema di Kampung Nyakai, Jalan Paip, Undop, Sri Aman.

Kemajuan pembinaan projek tersebut agak perlahan dan penduduk kampung yang terlibat digesa memberi kerjasama bagi mempercepatkan pembinaan.

Lokasi ketiga dilawati Harden adalah Projek Naik Taraf Dewan Serba Guna Surau Darul Hasanah di Kampung Harmoni, Sri Aman. Manakala lokasi terakhir ialah Projek Bina Baharu Tempat Letak Kereta di Dewan Serba Guna Kampung Muhibbah, Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelihara keharmonian sebagai warisan membanggakan  
Next: Eksklusif: Trend beli saat akhir faktor tempahan lemang berkurangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.