Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert rock mampu jadi acara tahunan untuk peminat genre muzik ini – Abdul Karim
  • HIBURAN

Konsert rock mampu jadi acara tahunan untuk peminat genre muzik ini – Abdul Karim

Utusan Sarawak 5 months ago

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pemberita selepas menghadiri Konsert Rock In The Jungle (RITJ) di Kampung Budaya Sarawak, malam tadi. 

SANTUBONG: Konsert ‘Rock In The Jungle’ (RITJ) berpotensi menjadi tarikan utama bagi peminat muzik rock pada tahun-tahun yang akan datang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, konsert rock ini mampu menjadi acara tahunan khas untuk peminat genre muzik tersebut. 

“Saya melihat konsert Rock In The Jungle ini berpotensi untuk berkembang pada tahun-tahun akan datang kerana terdapat ramai peminat rock, bukan sahaja di Sarawak, malah di negara jiran.

“Saya percaya ia sebagai satu landasan untuk mereka yang minat kepada lagu rock seperti ini untuk berhibur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri konsert tersebut di Kampung Budaya Sarawak di sini, malam tadi. 

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan lebih banyak kumpulan penganjur acara untuk mengambil inisiatif menganjurkan konsert sedemikian.

Katanya, dengan ada hubungan baik antara Sarawak dan negara jiran seperti Indonesia, Brunei, serta Semenanjung Malaysia, ia memberikan kemudahan untuk peminat antarabangsa hadir ke acara seperti ini.

“Lebih-lebih lagi, tahun depan kita ada pesawat (syarikat penerbangan) kita sendiri.

“Kalau kita ada muzik seperti ini, sama ada rock atau lain-lain, mereka akan dapat datang ke Sarawak sekali gus mengembangkan industri pelancongan,” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: ‘Papa Rock’ Sweet Charity, XPDC gegarkan Konsert ‘Rock In The Jungle’
Next: Awie gegarkan malam kedua Konsert Rock In The Jungle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.