Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert ‘Imaji’ Aina Abdul gegarkan warga Sarawak malam ini
  • HIBURAN

Konsert ‘Imaji’ Aina Abdul gegarkan warga Sarawak malam ini

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Penyanyi dan komposer, Aina Abdul bakal menggegarkan seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi konsert pertamanya, jelajah ‘Imaji’, malam ini.

Menerusi akaun instagramnya, Aina turut berkongsi beberapa gambarnya yang kelihatan sudah bersedia untuk tampil membuat persembahan untuk seluruh warga Sarawak di UNIMAS, malam ini.

Aina melalui hebahan menerusi akaun Instagram peribadinya, turut mengingatkan orang ramai yang hadir malam ini untuk tidak membawa barangan terlarang semasa berlangsungnya konsert ini.

Sementara itu, orang ramai turut diingatkan untuk meletakkan kenderaan di parkir yang telah tersedia atau mengambil pilihan kedua dengan menaiki e-hailing bagi mengawal pergerakan lalu lintas di Detar Putra, Unimas.

Jelas Aina lagi, para peminat boleh mengambil (Fan Benefit) di kaunter dengan menunjukkan tiket konsert sama ada bercetak atau e-tiket pada 3.00 petang sehingga 9.30 malam.

Ketika ditemui wartawan pada sidang media sebelum ini, Aina memaklumkan, konsert Imaji yang julung kali diadakan ini bakal menampilkan sebanyak 20 lagu (album) miliknya.

Oleh Noor Ikmal

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Video ‘Nang Takdir Kita’ promosi warisan Sarawak kepada generasi baharu
Next: Persembahan memukau Aina Abdul pada konsert Imaji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.