Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert BTS dorong pelancong asing tinggal lebih lama, belanja lebih banyak di Korea Selatan
  • HIBURAN

Konsert BTS dorong pelancong asing tinggal lebih lama, belanja lebih banyak di Korea Selatan

Utusan Sarawak 2 hours ago
KUMPULAN BTS beraksi di atas pentas, Foto AGENSI

SEOUL: Pelancong asing yang baru-baru ini mengunjungi Korea Selatan untuk menonton konsert kumpulan gergasi K-pop BTS, didapati tinggal lebih lama dan berbelanja lebih banyak daripada pelancong umum yang lain, menurut analisis kerajaan dikeluarkan pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, bersama-sama Institut Kebudayaan dan Pelancongan Korea dan Organisasi Pelancongan Korea yang menganalisis tinjauan di lapangan, data telekomunikasi dan kad kredit daripada dua persembahan terbaharu BTS di Korea Selatan.

Pelawat asing yang menghadiri konsert pada 21 Mac di Gwanghwamun di Seoul sempena kemunculan semula kumpulan itu, tinggal di Korea Selatan purata 8.7 hari dan berbelanja kira-kira 3.53 juta won (AS$2,377).

Angka itu adalah 2.6 hari lebih lama daripada purata penginapan 6.1 hari untuk pelancong umum umum lain pada suku pertama tahun ini dan 1.08 juta won lebih tinggi daripada purata perbelanjaan mereka iaitu sebanyak 2.45 juta won.

Peminat yang menghadiri konsert tiga malam BTS awal bulan ini di Goyang, di barat laut ibu negara, menetap purata 7.4 hari dan berbelanja 2.91 juta won.

Data transaksi mudah alih dan kad menunjukkan kesan ekonomi mendadak di sekitar Stadium Goyang, venue konsert berkenaan, dengan bilangan pelawat asing meningkat 35 kali ganda dan perbelanjaan meningkat 38 kali ganda dalam tempoh konsert berbanding tahun sebelumnya.

Kerajaan sedang berusaha untuk memanfaatkan populariti global budaya pop Korea termasuk muzik K-pop, drama, filem dan permainan untuk mempromosikan pelancongan di luar Seoul.

“Kami telah mengesahkan bahawa persembahan ‘hallyu’ berskala besar mempunyai kesan yang jelas dalam menarik pengunjung ke kawasan luar Seoul,” kata Kang Jung-won, pegawai dasar pelancongan di kementerian itu.

“Hallyu,” yang turut dikenali sebagai Korean Wave, merujuk pada populariti global budaya pop Korea Selatan.

Sebagai sebahagian daripada usaha itu, kementerian bercadang untuk mengadakan acara alu-aluan selama dua minggu pada Jun yang dikaitkan dengan konsert BTS di Busan, bandar kedua terbesar di Korea Selatan bertujuan menggalakkan pengunjung luar negara menerokai bahagian lain di negara ini.

Kang menambah kerajaan akan menumpukan pada menghubungkan lawatan warga asing kepada peluang untuk merasai budaya Korea dengan tawaran pelancongan budaya yang lebih luas untuk menggalakkan mereka tinggal lebih lama di negara itu. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Konsert 40 Chapters Of Love Julai ini rangkum perjalanan seni Aishah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.