Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kongsi rezeki sempena Ramadan
  • TEMPATAN

Kongsi rezeki sempena Ramadan

Utusan Sarawak 3 months ago

ADI SAFARMAN

SIMANGGANG: Sudah menjadi amalan penduduk di Kampung Tengah Simanggang sebelum menjelang Ramadan akan mengagihkan bubur lambuk percuma kepada penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah, Ketua Kampung Kiffle Morni berkata, pada tahun ini, pihaknya mengagihkan sebanyak 500 paket bubur lambuk kepada penduduk .

Katanya, ia merupakan tradisi yang dianjurkan setiap tahun sebelum Ramadan.

“Saya sangat bangga melihat ahli JKKK serta penduduk kampung yang bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan, persediaan memasak dan akhirnya berjaya mengagihkan 500 paket bubur lambuk kepada penduduk.

“Inilah semangat yang kita mahukan apabila kita berkumpul dan memasak bersama-sama serta berkongsi rezeki dengan yang lain.

“Alhamdulillah, kesemua kerja-kerja persediaan seperti menyediakan bahan-bahan, memasak dan membungkus serta pengagihan semuanya dilakukan oleh ahli JKKK serta penduduk kampung,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

“Pada tahun ini konsepnya sama seperti sebelumnya dengan menggunakan kaedah pandu lalu, selain tujuan utama adalah untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik dengan menyediakan hidangan itu secara percuma, ia juga dapat meningkatkan kemeriahan sebelum menjelangnya Ramadan,” tambahnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Juh Sungkey Set Talam OmbakĀ 
Next: Semak STR menerusi MyDigital ID

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.