Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kongsi kegembiraan TBC bersama peniaga, penduduk setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Kongsi kegembiraan TBC bersama peniaga, penduduk setempat

Utusan Sarawak 4 months ago
AGIH LIMAU… Kaunselor Kevin Lau bersama pasukannya mengagihkan limau mandarin dan sampul merah kepada peniaga serta penduduk setempat sempena sambutan TBC yang bakal tiba.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan semalam mengadakan kunjungan ke kawasan perniagaan di sekitar Jalan Market di sini bagi menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina (TBC), dengan menyerahkan limau mandarin dan sampul merah kepada peniaga serta penduduk setempat.

Program itu diketuai oleh Pengerusi cawangan yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Kevin Lau, bersama ahli jawatankuasa cawangan serta beberapa pemimpin tempatan.

Rombongan tersebut bergerak dari satu kedai ke kedai lain di kawasan itu sambil beramah mesra dengan masyarakat pelbagai kaum, sebagai sebahagian daripada usaha mempereratkan hubungan sempena perayaan TBC.

Lau berkata, program itu bertujuan menyampaikan mesej positif dan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat, selain membantu memeriahkan sambutan perayaan tahun ini.

“Musim bunga dalam tradisi masyarakat Cina melambangkan permulaan yang penuh dengan tenaga positif. Kami berharap ia memberi inspirasi kepada semua, terutama kepada peniaga di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memuji dedikasi pasukannya yang tetap melaksanakan program itu walaupun hujan lebat turun pada pagi semalam.

“Saya amat berterima kasih kepada ahli pasukan yang sanggup mengangkut kotak-kotak limau mandarin dalam keadaan hujan demi membawa keceriaan kepada komuniti setempat,” ujarnya.

Lau turut mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat Tahun Baru Cina kepada penduduk kawasan Bawang Assan, dengan harapan tahun ini membawa harapan baharu, pertumbuhan mampan, dan kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah'

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Igan tinjau program SKAS
Next: 102 kakitangan Larsen & Toubro East Asia sertai minggu keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.