Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komunikasi dua hala penting jaga kebajikan, prestasi warga polis – KPD Betong
  • Tengah
  • WILAYAH

Komunikasi dua hala penting jaga kebajikan, prestasi warga polis – KPD Betong

Utusan Sarawak 2 hours ago
UPACARA penyematan pangkat kepada Sarjan Mejar (SM) John Du dari Bahagian Siasatan dan Jenayah Dadah (BSJD) IPD Betong serta penyampaian sijil penghargaan kepada Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang cemerlang. Foto: IPD Betong

BETONG: Pendekatan komunikasi dua hala menerusi perjumpaan secara bersemuka antara penyelia dan pegawai bawahannya amat penting bagi mengenal pasti sebarang permasalahan tugas serta menjaga kebajikan warga kerja pasukan dengan lebih berkesan.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, amalan tersebut perlu diperkasakan oleh setiap penyelia bagi memastikan emosi dan kebajikan anggota serta pegawai di bawah seliaan masing-masing sentiasa terbela.

​Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Program Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong yang berlangsung di pekarangan Dataran IPD Betong, di sini, semalam.

​Dalam pada itu, DSP Wan Mohamad Ali turut mengingatkan seluruh warga IPD Betong agar sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi, tahap kesiapsiagaan yang optimum serta komited dalam melaksanakan tugasan harian demi menjaga imej pasukan.

GAMBAR KENANGAN… Kesemua pegawai dan anggota polis IPD Betong merakam gambar bersama selepas tamatnya Program Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong yang berlangsung di pekarangan Dataran IPD Betong.
Foto: IPD Betong

​Perhimpunan bulanan yang bermula seawal 8.00 pagi itu dihadiri seramai 85 orang secara keseluruhan, merangkumi Ketua Polis Daerah, 12 Pegawai Kanan Polis, 53 Pegawai Rendah Polis serta 20 Pegawai Awam.

​Atur cara majlis dimulakan dengan ketibaan warga kerja IPD Betong dan Pegawai Kanan Polis sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, bacaan doa, serta lafaz ikrar taat setia.

​Majlis tersebut turut diserikan dengan upacara penyematan pangkat kepada Sarjan Mejar (SM) John Du dari Bahagian Siasatan dan Jenayah Dadah (BSJD) IPD Betong serta penyampaian sijil penghargaan kepada Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang cemerlang.

​Program berkenaan berakhir sepenuhnya sekitar 9.00 pagi dalam suasana yang kondusif, terkawal serta berjalan lancar dengan berbantukan faktor cuaca yang baik sepanjang majlis berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ambuyat terus jadi pilihan masyarakat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.