Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kompleks sukan bertaraf antarabangsa dibina di Selangau
  • SUKAN

Kompleks sukan bertaraf antarabangsa dibina di Selangau

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Christopher Gira semasa lawatan ke tapak cadangan projek kompleks sukan di Selangau semalam. Turut kelihatan ialah Inting (enam, kiri) serta yang lain.

SEBUAH kompleks sukan yang bertaraf antarabangsa bakal dibina di daerah Selangau tidak lama lagi dengan kos RM7.9 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berkata, kompleks tersebut bakal menyediakan kemudahan terbaik dan serba lengkap kepada penduduk di daerah terbabit.

Menurutnya, projek pembinaan kompleks tersebut adalah dari Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan peruntukan diluluskan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa Program Walkabout di Pekan Selangau pada Mei 2018.

“Kerja pembinaan kompleks sukan ini akan bermula dalam tempoh dua minggu dari sekarang dengan tempoh pembinaan dijangka mengambil masa 24 bulan,” jelasnya sambil memberitahu pembinaan kompleks tersebut sepatutnya bermula pada bulan Mac lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana pandemik covid-19.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek pembinaan Kompleks Sukan di Selangau, hari ini.

Katanya, usaha tersebut merupakan langkah Kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai golongan muda dan belia dari kawasan luar bandar cemerlang dalam bidang sukan.

“Ia merupakan langkah Kerajaan GPS untuk terus membangunkan kawasan DUN Tamin.

“Bagi meneruskan kesinambungan ini, kita berharap penduduk di kawasan terbabit akan terus memberi sokongan padu terhadap pentadbiran dan kepimpinan Kerajaan GPS,” ujarnya.

Kompleks itu bakal mempunyai kemudahan seperti sebuah padang bola sepak, trek larian, kemudahan untuk acara lompat tinggi, lompat jauh, dewan, tempat letak kenderaan serta kemudahan dan keperluan sukan.

Turut hadir Pegawai Daerah Selangau, Henry Inting Nyami, wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Residen Sibu, konsultan dan kontraktor.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lazio tewas lagi
Next: BOLA BALING PIALA KM, DARJ Masih samar…

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.