Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kompleks Kubah Ria dibuka seperti biasa
  • TEMPATAN

Kompleks Kubah Ria dibuka seperti biasa

Utusan Sarawak 5 years ago
KOMPLEKS KUBAH RIA

KUCHING: Operasi perniagaan Kompleks Kubah Ria masih dibuka kepada orang ramai dan beroperasi seperti biasa.

Perkara tersebut diumumkan oleh pengurusan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Sarawak) menerusi catatan di laman Facebook mereka, semalam.

“Pihak kita menegaskan kompleks ini tiada kaitan dengan Kluster Pasar Satok dan sehubungan itu operasi perniagaannya masih dijalankan seperti biasa untuk orang ramai,” tegasnya.

Jelas kenyataan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengumumkan hanya Kluster Pasar Satok sahaja yang mempunyai kes positif Covid-19 dan bukan di Kompleks Kubah Ria.

“Kesemua peniaga di Kompleks Kubah Ria juga menjalankan perniagaan mereka seperti biasa dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JPBNS dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehubungan itu, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak mendengar khabar angin mengenai Kompleks Kubah Ria yang tidak terlibat langsung dengan Kluster Pasar Satok yang terletak di bangunan yang berlainan,” jelasnya.

Pada Selasa, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Pasar Satok yang mencatatkan empat kes positif Covid-19 selepas saringan aktif dijalankan ke atas 229 orang di pasar itu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengesahkan kluster tersebut melibatkan Medan Niaga Satok.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan di DUN Sebuyau berjalan lancar
Next: Dikehendaki pasang Wristband

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.