Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komited sokong pendidikan, aktiviti sosial masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Komited sokong pendidikan, aktiviti sosial masyarakat

Utusan Sarawak 4 months ago
SUMBANGAN… Robinson Corey menyerahkan sumbangan hamper kepada Faridah Udin sambil disaksikan Jackie Sang, Vivian Suziana serta yang lain di Sibu, hari ini.

SIBU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) terus komited menyokong pendidikan dan aktiviti sosial masyarakat dengan menyerahkan sembilan hamper kepada Tabika KEMAS Kelas B1, Kampung Bahagia Jaya, Teku di sini, hari ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Presidennya Robinson Corey kepada guru Tabika tersebut, Faridah Udin.

Menurut Robinson, sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan Tabika tersebut dapat menganjurkan Majlis Perpisahan Akhir Tahun pada 18 Januari ini dengan jayanya.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat memberikan sokongan untuk menjayakan majlis ini. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada Tabika,” katanya.

Turut hadir, Naib Pengerusi Teresang Dayak Sarawak Sibu Jackie Sang dan Pengerusi Sayap Wanita Teresang Dayak Sarawak Vivian Suziana.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MP Igan lancar Persatuan Biro Wanita di Rumah Lang Belon
Next: Perkhidmatan bergerak SUPP dapat sambutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.