Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komited promosi Sarawak ke seluruh dunia
  • TEMPATAN

Komited promosi Sarawak ke seluruh dunia

Utusan Sarawak 5 years ago
PERTEMUAN…Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan pertemuan ZOOM dengan pelabur Korea Selatan.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan terus komited dalam usaha untuk mempromosikan Sarawak ke seluruh dunia.

Menterinya, iaitu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan pertemuan ZOOM dengan Pelabur Korea Selatan yang telah menyatakan minat mereka untuk melabur sebanyak RM2.8 bilion di Sarawak. 

“MINTRED telah memberi jaminan kepada para pelabur Korea bahawa MINTRED akan membantu mereka untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan media semalam.

Antara yang menghadiri mesyuarat ZOOM ialah Menteri Muda Usahawan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Datuk Mohd. Naroden Majais, Setiausaha Tetap, MINTRED Sarawak Datu Liaw Soon Eng, Pengarah MIDA Sarawak Redzuan Abdul Rahman Pengarah, Jabatan Alam Sekitar, Sarawak Hamzah Mohamad, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Bintulu Puan Rodziah  Morshidi dan wakil dari Sarawak Energy Berhad, MIDA Seoul, Imigresen dan Lembaga Perancangan Negeri.

Continue Reading

Previous: Bomba Batu Niah bersihkan kawasan pokok tumbang
Next: Istilah JKKK dikekalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.