Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan komited pastikan hasil perikanan mencukupi
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerajaan komited pastikan hasil perikanan mencukupi

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PENGHARGAAN… Dato Mohd Chee Kadir menerima cenderamata semasa majlis Ramah Tamah Aidilfitri PNK Kabong, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Kerajaan terus komited bagi memastikan bekalan makanan negara ini terutamanya hasil perikanan sentiasa mencukupi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata ia dapat dicapai menerusi pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat kepada sektor itu.

“Oleh itu, kita gesa penglibatan golongan belia sebagai nelayan muda dan moden, ini adalah sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.

“Kita tidak mahu suatu hari nanti sektor perikanan negara dimonopoli warga asing. Kita berhadapan cabaran, kita mempunyai nelayan dan petani yang menua, masalah ini bukan sahaja di negara kita, malah hampir di semua negara,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong di sini, hari ini.

Chee Kadir turut menggesa golongan nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menghasilkan pelbagai produk berasaskan sumber laut yang dilihat mampu meningkatkan pendapatan memandangkan kawasan itu amat kaya dengan hasil laut.

“Inisiatif ini dapat mengubah nasib nelayan kerana selain menjana pendapatan sampingan, ia juga mampu meningkatkan ekonomi, sekali gus melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan mereka.

“Kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan sentiasa membantu dan sewajarnya golongan nelayan mengambil peluang disediakan ini,” ujarnya.

KENANGAN… Dato Mohd Chee Kadir merakam kenangan bersama yang lain semasa majlis Ramah Tamah Aidilfitri PNK Kabong, hari ini. Foto ADUN Kabong

Dalam ucapannya, Chee Kadir merakamkan penghargaan kepada PNK Kabong atas kejayaan menggerakkan aktiviti perikanan secara produktif hingga mencatat perolehan tahunan melebihi RM100,000, sekali gus menunjukkan bahawa sektor ini mempunyai potensi besar untuk dimajukan secara lestari.

Beliau turut menyarankan agar badan-badan seperti Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) dan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) PNK Kabong mempergiatkan pelaksanaan pelbagai program melibatkan ahli-ahli komuniti, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama dan pembangunan sosioekonomi setempat.

Sebagai sokongan terhadap inisiatif tempatan, beliau turut meluluskan peruntukan berjumlah RM8,000 bagi tujuan pembelian acuan bot gentian kaca untuk kegunaan Persatuan Geng Wharf Kabong di bengkel pembinaan bot mereka.

Turut hadir Pegawai Daerah Kabong Tahir Sharee, Pegawai Wilayah Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) IVĀ  Betong Nurhaizawati Samsimon, Pengerusi PNK Kabong Darmizan Daud, Pengurus PNK Kabong Sahariya Tahot, Pengerusi PNK Gerigat Abang Ahmad Abang Resdi dan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) Ulin Tabur.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS bakal miliki bangunan sendiri
Next: JKKK digesa cari alternatif anjur program, aktiviti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.