Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komited bantu lahirkan tenaga kerja mahir
  • Utara
  • WILAYAH

Komited bantu lahirkan tenaga kerja mahir

Utusan Sarawak 2 months ago
JAYAKAN PROGRAM… Dato Henry Sum Agong bersama Petronas SSGP menjayakan Program Iftar Ramadan di Kampung Ladang Baru Lawas.

LAWAS: Masyarakat tempatan di Lawas sangat menghargai segala sumbangan dan program kemasyarakatan yang telah dijalankan oleh Petronas SSGP sejak mula beroperasi dalam mengendalikan saluran paip gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak, melalui Bahagian Miri dan Limbang.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong menyifatkan Petronas SSGP amat bertanggungjawab dan komited dalam membantu kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir daripada kawasan pendalaman dan luar bandar.

KERJASAMA ERAT… Dato Henry Sum Agong menerima cenderamata penghargaan daripada Ketua Operasi Sokongan Petronas SSGP Muhd Shamad Ahmad.

“Pihak Petronas SSGP ini berjaya dalam operasi mereka dahulu walaupun berdepan pelbagai ujian, tetapi mereka tetap teguh dengan komitmen untuk membantu kerajaan dan penduduk di kawasan laluan paip gas menikmati peluang meningkat kemahiran untuk memperbaiki taraf ekonomi mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Iftar Ramadan di Masjid At-Taqwa bersama Petronas semalam.

Beliau berharap agar masyarakat tempatan terus fokus kepada aspek pendidikan dan kemahiran untuk anak-anak mereka.

“Peluang sentiasa ada untuk mereka yang ada kesungguhan untuk berjaya dan mengubah nasib diri dan keluarga.

“Pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia sememangnya tidak mencukupi untuk mereka memperoleh gaji yang baik, tetapi dengan adanya kemahiran akan memberi mereka lebih peluang mendapat kadar upah yang tinggi,” katanya.

Majlis diserikan dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada asnaf dari enam kampung iaitu Kampung Lukutan hingga ke Kampung Seberang Kedai.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: Penduduk pekan Kanowit sukar cari barangan keperluan
Next: TBS serah bantuan kepada asnaf, pelajar, pusat tahfiz

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.