Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Komander Apollo 8 Frank Borman meninggal dunia pada usia 95 tahun
  • GLOBAL

Komander Apollo 8 Frank Borman meninggal dunia pada usia 95 tahun

Utusan Sarawak 2 years ago
KRU Apollo 8 (dari kiri) James A. Lovell Jr., William A. Ander dan Frank Borman dalam gambar pada 1968 di simulator Pusat Angkasa Kennedy. Foto Kredit: Pusat Angkasa NASA/Johnson

WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat Frank Borman yang pernah menjadi komander misi Apollo 8 meninggal dunia pada usia 95 tahun, menurut Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), semalam.

Borman meninggal dunia pada Selasa lalu di Billings, Montana AS, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebagai ketua misi Apollo 8, angkasawan itu mengetuai misi pertama mengelilingi Bulan pada 1968 sebelum mendarat ke Bulan beberapa bulan kemudian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruterbang pejuang pada 1950.

Pada 1967, beliau menganggotai lembaga penyiasat yang menyiasat kebakaran kapal angkasa Apollo yang mengorbankan tiga angkasawan.

Borman pernah dilantik sebagai ketua program Apollo dan mengetuai satu pasukan mereka bentuk semula kapal angkasa Apollo.

Beliau bersara daripada Tentera Udara pada 1970. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: 118 trak bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah
Next: Malaysia tidak mahu OIC sekadar keluarkan kenyataan mengutuk semata-mata – Zambry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.