Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kolonel Iban pertama selamat dikebumikan
  • TEMPATAN

Kolonel Iban pertama selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT JALAN… Jenazah Kolonel (B) Dunstan Nyaring Lawrence Angking selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Angelican, Batu Kitang, Jumaat lalu.

KUCHING: Pegawai Tentera berbangsa Iban yang pertama dinaikkan pangkat Kolonel, mendiang Kolonel (B) Dunstan Nyaring Lawrence Angking telah meninggal dunia pada 23 September lalu.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) mengesahkan berita kehilangan veteran tentera ini.

Menurut kenyataan tersebut, mendiang menghembuskan nafas yang terakhir jam 6.15 pagi (23 September) di kediamannya, di sini.

Terdahulu, mendiang mula berkhidmat pada 1964 di pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

Pasukannya menempah tempoh kegemilangan pada ketika itu hasil daripada kejayaan membanteras pengganas Komunis di Sarawak.

Atas kecemerlangan tersebut, Kerajaan Sarawak menganugerahkan mendiang, sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk Battle Truncheon pada 19 November 1966.

Majlis penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama, Tun Abang Openg Abang Sapiee.

Jenazah mendiang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Angelican, Batu Kitang pada jam 9.00 pagi, Jumaat lalu.

Sementara itu, pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas 1 Divisyen turut menzahirkan rasa duka dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan ini.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: GASAK eksklusif untuk Sarawak sahaja
Next: Bekalan elektrik 15 premis judi dipotong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.