Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Koeman bakal kendalikan Barcelona
  • SUKAN

Koeman bakal kendalikan Barcelona

Utusan Sarawak 5 years ago

(FILES) In this file photo taken on December 13, 1992 Sao Paulo Captain and star striker Rai (R) steals the ball from Barcelona's defence Ronald Koeman during the first quarter of Toyota European/South American cup 13 December 1992 in Tokyo. - Former Barcelona's Dutch player Ronald Koeman was appointed on August 18, 2020 as new coach of FC Barcelona, assuming the heavy task of rebuilding the team, devastated by its 8-2 rout against Bayern Munich in Champions League's quarter-finals. (Photo by TORU YAMANAKA / AFP)

FILES… Dalam foto fail ini yang diambil pada 13 Disember 1992, Kapten Sao Paulo, Rai (kanan) mencuri bola daripada pemain pertahanan Barcelona, Ronald Koeman dalam perlawanan Piala Toyota Eropah / Amerika Selatan pada 13 Disember 1992 di Tokyo. Bekas pemain dari Belanda, Ronald Koeman pada 18 Ogos 2020 dilantik sebagai jurulatih baharu Barcelona, dengan tugas berat untuk membina semula pasukan, yang hancur dengan kekalahan 8-2 menentang Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara UEFA. • Foto AFP

RONALD Koeman akan mengambil pekerjaan yang diimpikannya di Barcelona setelah presiden gergasi Catalan, Josep Maria Bartomeu mendedahkan bahawa bos dari Belanda itu akan menjadi jurulatih mereka yang seterusnya.

Bekas bintang Barca, Koeman, yang telah mengendalikan skuad kebangsaan Belanda sejak 2018, akan menggantikan Quique Setien, yang dipecat setelah Barca dimalukan 8-2 oleh Bayern Munich di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara UEFA, Sabtu lepas.

“Koeman akan menjadi jurulatih Barca musim depan,” kata Bartomeu kepada saluran televisyen pasukan itu.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar, Koeman akan menjadi jurulatih yang kami umumkan dan akan membimbing pasukan dan pemain ini dengan prospek yang berbeza.

“Dia seorang yang amat dikenali penyokong, bukan hanya sebagai pemain tetapi juga sebagai jurulatih.”

Menurut laporan, Koeman dan ejennya sedang merundingkan kontrak dua tahun pada Isnin, dengan tahun kedua bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden.

Koeman merupakan hero di Barca setelah bersinar dalam ‘Dream Team’ Johan Cruyff, yang mana dia memenangi gelaran La Liga berturut-turut antara 1991 dan 1994.

Dia juga menjaringkan gol kemenangan dalam final Piala Eropah 1992 – kejayaan pertama kelab dari Catalan itu dalam pertandingan kelab elit Eropah.

Dia berkata bahawa melatih Barcelona adalah tugas “impiannya”, dan dia meninggalkan pasukan kebangsaan negaranya setelah dua setengah tahun bertugas untuk merebut peluangnya.

Karier kejurulatihannya agak bercampur-campur dan dia tiba ketika Catalans berada dalam krisis.

Setien dipecat pada hari Isnin setelah kekalahan memalukan kepada Bayern yang bermaksud buat kali pertama sejak 2007 Barca menamatkan musim tanpa sebarang piala. – AFP

Continue Reading

Previous: David Silva sertai Real Sociedad
Next: Covid-19 tidak jejas tumpuan Teakwondo Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.