Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • KMKM2022 rentasi 33 daerah
  • ADVERTORIAL

KMKM2022 rentasi 33 daerah

Utusan Sarawak 3 years ago

PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat berjalan di Jambatan Darul Hana semasa Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia oleh Premier Sarawak di Tebingan Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 (KMKM2022) bakal merentasi semua 33 daerah di negeri ini sempena bulan kebangsaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Sarawak, Jaafar Jantan, berkata 37 lokasi persinggahan sudah dikenal pasti.

“Ia membabitkan perjalanan sejauh 4,025 kilometer bermula di Telok Melano sehingga ke Lawas. 

“Konvoi ini melibatkan lebih 30 kenderaan mewakili pelbagai agensi yang akan berakhir di Betong bagi Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak pada 31 Ogos 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat negeri yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, pelepasan KMKM2022 dan penyerahan Jalur Gemilang merupakan salah satu aktiviti utama yang dirangka sempena program itu selain aktiviti Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia.

Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dimulakan dengan aktiviti Zumba keluarga Malaysia sebelum acara pelepasan Berjalan teguh Bersama Keluarga Malaysia merentasi Jambatan Darul Hana yang kemudiannya tiba di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak.

Program penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil KMKM2022 dan acara pelepasan KMKM2022 tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Premier, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Aktiviti berzumba bersama Keluarga Malaysia
Next: K-KOMM gerakkan 1,860 komuniti Keluarga Malaysia sempena Hari Kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.