Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KMKK disaran kemas kini rekod kawasan masing-masing
  • TEMPATAN

KMKK disaran kemas kini rekod kawasan masing-masing

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMIMPIN AKAR UMBI…Lebih 100 pemimpin akar umbi bermesyuarat bersama Timbalan Menteri KPLB di Lawas.

LAWAS: Semua pemimpin masyarakat khususnya Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) wajib merekodkan semua projek pembangunan yang telah dilaksana dan dirancang dalam kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Dato Henry Sum Agong juga menyarankan agar setiap rekod ini disimpan dengan kemas di pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lawas memberitahu demikian pada mesyuarat bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Kawasan Ba’kelalan di Hotel Seri Malaysia Lawas baru-baru ini.

Selanjutnya, beliau juga mengingatkan pemimpin akar umbi ini untuk terus bersikap proaktif sebagai jambatan yang menghubungkan kerajaan sedia ada dan rakyat di akar umbi.

Sejajar dengan itu, mereka perlu bertindak sebagai agen dalam memberi penerangan setiap dasar kerajaan di peringkat negeri atau pusat yang membabitkan kepentingan rakyat.

Seterusnya Henry Sum juga mengingatkan pemimpin masyarakat untuk tegas dalam menyekesaikan isu tanah milik penduduk kampung yang termasuk dalam projek pembangunan kerajaan.

Oleh itu, setiap projek yang dirancang atau dilaksana perlu dimaklumkan kepada Jabatan Tanah dan Survei bagi mengelak sebarang isu berbangkit selepas sesuatu projek itu siap.

“Orang tua selalu berpesan, rumah siap pahat berbunyi dan kita tidak mahu projek siap maka ramai bising menuntut pampasanlah dan sebagainya,” ujarnya.

Hadir sama ialah Temenggong Kading Silo, Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum kawasan Ba’kelalan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Hargai Sabah, beri kelonggaran pergerakan di sempadan
Next: Kompleks UNIFOR cerminan dasar inklusif KM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.