Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Klinik Kesihatan Jalan Lanang beroperasi secara berperingkat selepas terjejas banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Klinik Kesihatan Jalan Lanang beroperasi secara berperingkat selepas terjejas banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PETUGAS di Klinik Kesihatan Jalan Lanang sedang menjalankan kerja pembersihan selepas klinik tersebut dilanda banjir baru-baru ini. Foto Klinik Kesihatan Jalan Lanang 

SIBU: Klinik Kesihatan Jalan Lanang (KKJL) mula beroperasi secara berperingkat hari ini selepas terjejas akibat banjir minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak klinik memaklumkan beberapa perkhidmatan telah kembali beroperasi seperti biasa, termasuk Jabatan Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu, Unit Farmasi, serta Klinik Unit Kawalan Penyakit Tibi (TBCP).

“Perkhidmatan ini akan beroperasi bermula 8.00 pagi, manakala kaunter pendaftaran dibuka seawal 7.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, beberapa perkhidmatan lain masih ditangguhkan buat sementara waktu, termasuk pengambilan darah, imunisasi dan vaksinasi, imbasan X-Ray, terapi cara kerja, serta fisioterapi.

“Perkhidmatan tersebut terpaksa ditangguhkan sementara bagi memastikan keselamatan pesakit dan staf kerana semua peralatan perlu diselenggara terlebih dahulu oleh unit kejuruteraan sebelum boleh digunakan semula,” tambahnya.

Sehubungan itu, pesakit yang memerlukan perkhidmatan berkenaan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

Sementara itu, Unit Kesihatan Ibu dan Anak (MCH) akan menyelaras semula semua temujanji yang tertangguh akibat penutupan KKJL sewaktu banjir.

Pihak klinik akan menghubungi pesakit bagi memaklumkan tarikh temujanji baharu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke talian 084-215433 (Pertanyaan Am), 019-8859601 (MCH – Ibu & Anak), atau 084-210742 (Jabatan Pesakit Luar).

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Loji beroperasi guna genset, tiga daerah terjejas bekalan air  
Next: Cadang pertambahan KMKK, penuhi keperluan penduduk  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.