Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • KKM bentuk masyarakat harmoni
  • ADVERTORIAL

KKM bentuk masyarakat harmoni

Utusan Sarawak 3 years ago

BINTULU: Penganjuran program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa ke arah pembentukan sebuah negara yang bersatu padu serta harmoni.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datu Majang Renggi berkata, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dilihat amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Sebagai tanda simbolik persamaan dan persefahaman Keluarga Malaysia, kita mengadakan Konvoi Merdeka@KKM yang mana gabungan dari tiga komuniti di Samalaju di bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Daerah Bintulu.

“Selain daripada mengibar Jalur Gemilang, cara lain untuk membuktikan cinta kepadanegara adalah mengamalkan nilai-nilai murni dan toleransi serta mendukung segala inisiatif kerajaan dan amalan menyebarkan berita yang benar dan sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Merdeka@KKM Pudayan, Similajau dan Iran Suai di Tamu Kampung Ulu Nyalau di sini, semalam.

Justeru itu, Datu Majang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju menyeru seluruh penduduk setempat untuk bersama-sama mempertahan kemerdekaan dan kedaulatan Negara Malaysia dan mengamalkan konsep Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Daerah Bintulu Pauline Sating berkata, salah satu objektif program tersebut adalah untuk menggelora semangat patriotik dan cintakan negara.

“Ia juga meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara dalam kalangan Malaysia terutamanya komuniti setempat.

“Bukan itu sahaja, program ini turut menjadi platform kepada JaPen dalam menghebahkan maklumat dan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan,” ujarnya.

Oleh CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Industri perfileman negara berpotensi besar, harus disemarakkan
Next: Perkasa industri perfileman di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.