Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KIR, penerima bantuan kebajikan disaran ikuti latihan kemahiran   
  • WILAYAH

KIR, penerima bantuan kebajikan disaran ikuti latihan kemahiran   

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Mohamad Razi Sitam merakam gambar bersama seramai 39 pelatih daripada Program Pembangunan Latihan dan Kerjaya telah menamatkan Kursus Scaffolding Level 1 pada majlis penyampaian sijil pelatih PLKK di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu, kelmarin.

BINTULU: Ketua Isi Rumah (KIR) atau ahli isi rumah kepada penerima bantuan kebajikan yang berminat mengikuti latihan kemahiran disaran menghantar borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian berdekatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, bantuan ini merupakan Program Pembangunan dan Pemerkasaan yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

“Terdapat dua skop di bawah program tersebut iaitu Program Pembangunan Keusahawanan (PPK) serta Program Pembangunan Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) untuk kumpulan sasar.

“Ia adalah usaha untuk meningkatkan pendapatan, tahap ekonomi dan taraf hidup penerima bantuan kumpulan sasar iaitu ketua isi rumah atau ahli isi rumah kepada penerima bantuan dan bekas penghuni institusi kebajikan.

“Program ini dapat memberi impak secara langsung kepada keluarga kerana mereka yang berjaya menamatkan latihan akan mendapat tawaran pekerjaan daripada syarikat atau pemain industri berkolaborasi dengan JKMS yang bersetuju,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis penyampaian sijil pelatih PLKK di Institut Kemahiran Mara (IKM) di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut, seramai 39 pelatih daripada Program Pembangunan Latihan dan Kerjaya telah menamatkan Kursus Scaffolding Level 1.

Kesemua pelatih bakal mendapat Sijil Penyertaan Kursus, Sijil Kompetensi daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP) dan Kad Hijau keluaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Mohammad Razi turut menyarankan agar lebih banyak syarikat dan pemain industri dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penerima bantuan kebajikan.

Menurutnya, sinergi multisektoral antara agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat korporat akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar yang telah diberi latihan oleh JKMS.

Turut hadir, Pengarah JKMS Adana Jed, Pengarah Institut Kemahiran MARA Bintulu Mohd Syukri Abdullah, Pengarah Urusan TMR Techologies Sdn Bhd Yusniza Alias, Pengurus Projek PWD Engineering Sdn Bhd Mathiew Usun, Wakil Residen Bahagian Bintulu Amalina Ghazali serta tetamu lain.

Continue Reading

Previous: Tidak terima pelarian Palestin ke Sarawak
Next: SFC: Lebih 100 permit buru buaya dikeluarkan, kebanyakan pemegang permit tidak aktif 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.