Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ‘Kill Switch’ sekat kad kredit, caj buat sementara waktu – Maybank
  • BISNES

‘Kill Switch’ sekat kad kredit, caj buat sementara waktu – Maybank

Utusan Sarawak 2 years ago

Maybank berkata, ciri baharu ini boleh diaktifkan melalui web Maybank2u atau aplikasi MAE dan setelah didayakan, semua transaksi keluar pada kad kredit dan caj yang disekat tidak akan diproses.

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memperkenalkan ciri  keselamatan baharu penyelesaian Kill Switch, sebagai tambahan kepada ciri penyahaktifan akses Maybank2u (M2U) yang dilancarkan pada akhir Januari tahun ini. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata, ciri tambahan keselamatan baharu itu akan membolehkan pelanggan menyekat penggunaan kad kredit dan kad caj mereka buat sementara waktu jika mereka mengesyaki kad mereka telah terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Datuk John Chong berkata, Maybank mahu berada di samping pelanggannya pada waktu yang mencabar ini dengan memperkenalkan penyelesaian holistik dalam pasaran yang merangkumi pelbagai sudut keselamatan perbankan dalam talian.

“Lebih-lebih lagi, pada masa kini yang mana penipu menjadi lebih berani dan kreatif dengan menggunakan cara baharu untuk mengatur taktik penipuan mereka,” kata beliau.

Maybank berkata, ciri baharu ini boleh diaktifkan melalui web Maybank2u atau aplikasi MAE dan setelah didayakan, semua transaksi keluar pada kad kredit dan caj yang disekat tidak akan diproses.

”Atas sebab keselamatan, setelah disekat, pelanggan hanya boleh mengaktifkan semula kad mereka dengan mengesahkan diri di cawangan terdekat atau melalui Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1300 88 6688.

“Ini juga akan menghalang penipu atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada terus mengakses kad mereka,” kata kenyataan itu.

Maybank juga berkata lebih banyak ciri Kill Switch akan diperkenalkan pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Bank untuk meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian untuk pelanggan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Aliran masuk asing bersih meningkat RM18.8 juta daripada RM11.5 juta
Next: i-MILIKI tawar pengecualian duti setem pembelian rumah pertama sebelum 31 Disember ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.