Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kilang ais di Tanjung Bako siap dua bulan lagi
  • TEMPATAN

Kilang ais di Tanjung Bako siap dua bulan lagi

Utusan Sarawak 5 years ago
DR Hazland Abang Hipni semasa melawat kilang ais di Depot Perikanan LKIM Tanjung Bako, dekat Kuching baru-baru ini.

KUCHING: Kilang ais di Depot Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Bako dekat sini akan siap dalam tempoh dua bulan lagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, ketika ini kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan dan LKIM membina kemudahan kilang ais itu bagi membolehkan hasil laut dapat disimpan dengan lebih lama.

“Siapnya kilang ini akan memudahkan nelayan di kawasan Demak Laut dan sekitarnya menyimpan stok ikan bagi tujuan penjualan dalam negeri atau dieksport,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kilang ais di Depot Perikanan LKIM Tanjung Bako, baru-baru ini.

Depot Perikanan LKIM Tanjung Bako terletak di hujung Kampung Tanjung Bako dan menempatkan pelbagai kemudahan untuk para nelayan mendarat, menjual dan menyimpan hasil laut.

Dalam lawatan itu, Dr Hazland diberikan taklimat berkenaan kerja-kerja pembinaan kilang ais berkenaan selain melihat sendiri kerja-kerja harian yang dilakukan di Depot Perikanan LKIM.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Buka akaun bank untuk mudahkan pembayaran
Next: PKPP: Masih ramai abai SOP?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.