LAWAS: Inovasi cetusan idea Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JTS Sarawak telah menghasilkan lebih 152 projek berkualiti memfokuskan 4 komponen utama tenaga manusia, proses dan prosedur kerja, kerangka perundangan dan teknologi.
Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak Abdullah Julaihi memberitahu pada Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) kali ini, sebanyak 13 pasukan JTS mempersembahkan projek mereka masing-masing.
“Seperti tahun 2019 yang lepas, beberapa projek tahun ini juga melibatkan kolaborasi bersama agensi-agensi lain,” katanya pada Majlis HIITS peringkat negeri Sarawak di Lawas semalam.
Kriteria kepada pemilihan tajuk projek didasarkan daripada maklum balas awam. Perancangan dan penilaiannya pula
mengambil kira relevansi projek kepada tugas utama.
Laporan audit pula dijadikan rujukan di dalam menggariskan ‘modus operandi’ sesuatu projek.
Semuanya ini bertujuan untuk mencabar transformasi minda pegawai, agar dapat menjamin perkhidmatan yang efisien dan efektif.
Metamorforsis selama 12 tahun HIITS telah berjaya menonjolkan projek-projek berimpak tinggi bertaraf dunia, antara lainnya One Day Registration pendaftaran suratcara tanah dalam satu hari tanpa gagal sejak 2009.
Kejayaan ini telah melonjakkan kedudukan Malaysia dipersada Ease of Doing Business World Bank ranking yang mana salah satu kriteria utama penarafan ialah “registration of property”. Proses bersepadu yang dijana melalui sistem LASIS telah mendapat pengiktirafan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
One Day Registration dan LASIS direkodkan dalam Laporan Princeton University, USA pada tahun 2011 dan dinobatkan pemenang Geospatial World Excellence Award di Amsterdam Belanda serta San Diego Amerika Syarikat.
Nilai transaksi yang diurus melalui Registration of property di Sarawak berdasarkan statistik dari tahun 2017 hingga 2019 menjangkau tidak kurang daripada purata RM20 billion setahun dan bagi tahun 2020, sehingga 15 September, sejumlah RM11.2 billion aliran tunai telah pun disuntik di dalam pasaran tempatan.
Pada tahun 2019 dan Jun 2020, satu laporan terkini berfokuskan kepada enam bandar-bandar utama di Malaysia, berkaitan
pentadbiran dan pengurusan tanah telahpun dijalankan oleh World Bank bersama Malaysian Productivity Corporation (MPC) untuk menilai keberkesanan dan kecekapan pentabiran dan pengurusan tanah serantau.
“Di antara lima bandaraya di Malaysia, Pejabat Pendaftaran JTS Kuching dinobatkan sebagai terbaik di mana pencapaian di dalam registration of instrument tiga hari dan carian maklumat surat cara hakmilik kurang dari satu hari.
Gagasan “Digital Economy” berteraskan perkhidmatan di atas talian yang mudah dicapai melalui peranti elektronik pengguna sendiri.
Bagi tahun 2019 sahaja seramai 15,382 pengguna berdaftar dengan eLASIS dimana 12 ribu daripadanya adalah pengguna aktif. Menyentuh lanjut, Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembsaran Kampung (SPK). Bagi tempoh sehingga 31 Ogos 2020, sejumlah 48,808 lot kediaman telah disediakan.
Sejak RMK-8, tidak kurang daripada RM582 juta dibelanjakan bagi tujuan ini.
Pertambahan ketara di dalam kos penyediaan lot bagi SPS & SPK dilihat di dalam trend menaik di dalam RMK-12 setelah spesifikasi
baharu diperkenalkan di mana sejumlah RM789 juta disasarkanuntuk menyelesaikan 52 projek utama SPS & SPK.
Purata kos pembangunan bagi setiap lot tidak kurang daripada RM100-RM120 ribu.
Jabatan menguruskan tidak kurang daripada RM2 billion setiap tahun merangkumi semua projek melibatkan pengukuran, pembayaran pampasan, cukai dan kutipan hasil daripada premium tanah, lessen pengkuarian dan perlombongan.
Bagi kerja pengukuran pula, sehingga kini, seluas 3.8 juta hektar kawasan tanah telah diukur untuk pelbagai tujuan.
Daripada semua jenis pengukuran tersebut, fokus selalunya terarah kepada pengukuran tanah NCR di mana sehingga kini seluas 942,840 hektar telah diukur perimeter. Daripada jumlah tersebut seluas 735,456 hektar telah diwartakan di bawah seksyen
6 KTN.
Sejumlah RM40 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak untuk meneruskan pengukuran ini disamping dana daripada
kerajaan persekutuan. Jumlah kakitangan ukur juga di tambah seramai 467 orang pada tahun 2019.
Bagi tahun 2020, sasaran mengukur perimeter seluas 40,000 hektar (sasaran baru selepas MCO) dan 13,000 hektar untuk pengukuran lot-lot individu akan diteruskan.
Fokus utama ialah pengukuran lot-lot individu disamping meneruskan kerja-kerja pengukuran perimeter bagi kawasan yang dulunya bermasalah.
HIITS 202 dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang turut disaksi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Semion dan kenamaan lainnya.