BINTANGOR: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan khidmat khas memusnahkan sarang tebuan malam tadi.
Ketua BBP Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.20 malam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi PBK II Herman Basa bersama tiga anggota bomba bergegas ke lokasi di kawasan kelapa sawit, Sungai Meradong.
“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada dalam ketinggian 10 meter di atas pokok,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, sarang tebuan dimusnahkan menggunakan dua tin racun serangga dan obor api.
“Sarang tebuan berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 30 minit.
Operasi memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada jam 9.10 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek