Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KGC bukti kerajaan prihatin
  • TEMPATAN

KGC bukti kerajaan prihatin

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAH REPLIKA KGC… Datuk Amar Jamilah menyerahkan replika Kenyalang Gold Card (KGC) kepada salah seorang penerima pada majlis semalam.

LUNDU: Kenyalang Gold Card (KGC) membuktikan Kerajaan Sarawak prihatin terhadap kebajikan warga emas untuk menikmati perkhidmatan atau kemudahan istimewa.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu mengakui inisiatif Kerajaan Sarawak itu melayakkan warga emas berusua 60 tahun ke atas menikmati pelbagai tawaran yang disediakan.

“KGC juga layak mendapat Bantuan Ihsan Kematian (BIK) untuk pengurusan jenazah sebanyak RM3, 000 yang akan diberikan kepada waris bagi menampung kos pengkebumian pemegang kad,” katanya.

Jamilah berkata demikian pada Majlis Penyampaian Kenyalang Gold Card di Dewan Masyarakat Daerah Lundu semalam.

Sehubungan itu, Jamilah menyeru sekiranya warga emas yang belum memiliki KGC itu untuk terus menghantar permohonan masing-masing.

“Jangan lepaskan peluang ini dan nikmatilah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat,” ujarnya lagi.

Terdahulu seramai 281 orang pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) menerima kad masing-masing dengan kaedah agihan yang telah diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lundu.

Turut hadir, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Ketua Menteri Sarawak, Haji Helmi Hazemi. Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, ketua jabatan dan ketua kaum dan masyarakat Daerah Lundu.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Kibar bendera, tingkat semangat patriotisme
Next: CCTV kekang jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.