Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keunikan Sarawak terserlah menerusi program GongXiRayaGawai
  • Tengah
  • WILAYAH

Keunikan Sarawak terserlah menerusi program GongXiRayaGawai

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan kepada PWE Sarikei. Foto Pusst Khidmat Repok

SARIKEI: Program GongXiRayaGawai 2026 menjadi simbol keunikan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak apabila tiga perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Hari Gawai Dayak diraikan bersama dalam suasana penuh muhibah dan perpaduan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, sambutan tersebut mencerminkan identiti sebenar Sarawak yang terkenal dengan semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan GongXiRayaGawai kepada semua. Gong Xi Fa Cai, Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Gawai.

WARGA emas menerima angpau daripada Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khodmat Repok

“Saya amat berbesar hati menyambut kehadiran semua pada majlis yang sungguh istimewa ini. 

“GongXiRayaGawai bukan sekadar nama, ini adalah cerminan jiwa Sarawak yang sebenar, di mana tiga perayaan besar tiga kaum utama kita dirayakan bersama-sama,” katanya ketika berucap pada Program GongXiRayaGawai 2026 anjuran Persatuan Warga Emas (PWE) Sarikei di sebuah restoran, semalam.

Katanya, budaya rumah terbuka yang diamalkan rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama telah menjadi asas kukuh kepada keharmonian yang dikecapi negeri ini sejak sekian lama.

WARGA emas menerima angpau daripada Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khodmat Repok

“Inilah keunikan Sarawak yang tiada tandingannya. Di sini, kita meraikan perayaan pelbagai kaum bersama. 

“Rumah terbuka dikunjungi tanpa sempadan kaum, makanan dikongsi tanpa sebarang keberatan dan tawa kedengaran sama lantang di setiap meja.

“Inilah budaya perpaduan yang telah lama sebati dalam darah dan jiwa rakyat Sarawak, sebuah warisan yang amat berharga dan perlu kita jaga bersama,” katanya.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan dalam memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan setiap kaum terus diraikan, dihormati dan diberikan peluang yang saksama dalam pembangunan negeri.

“Para hadirin sekalian, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada majlis yang bermakna ini. 

“Kehadiran anda adalah bukti bahawa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi satu cara hidup yang kita pilih setiap hari.

“Marilah kita teruskan semangat ini, bukan hanya pada musim perayaan, tetapi sepanjang tahun, dalam setiap interaksi, dalam setiap senyuman yang kita hulurkan kepada jiran dan rakan kita,” katanya.

Di majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada PWE Sarikei bagi membantu menjayakan pelbagai aktiviti tahunan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Aerodance satukan 250 peserta pelbagai kaum di Sibu
Next: Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.