Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Ketangkasan penduduk kampung berjaya kawal rumah terbakar
  • KEMALANGAN

Ketangkasan penduduk kampung berjaya kawal rumah terbakar

Utusan Sarawak 8 months ago

Kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung menggunakan seunit alat pemadam api dan sumber air sebelum ketibaan pasukan bomba.  

LINGGA: Ketangkasan penduduk kampung berjaya menyelamatkan sebuah rumah di Kampung Sebu Illi, Tanjung Bijat di sini daripada musnah akibat terbakar, pagi tadi.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan berkaitan kebakaran itu sekitar jam 11.48 pagi.

“Setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlakunya kebakaran melibatkan sebuah bilik di dalam sebuah rumah struktur kekal itu telah 50 peratus musnah terbakar. 

“Kebakaran bermula dari suis penghawa dingin seterusnya merebak ke bahagian lain di dalam bilik berkenaan,” katanya.

Muhammad Rais berkata kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung menggunakan seunit alat pemadam api dan sumber air sebelum ketibaan pasukan bomba.  

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat penilaian awal dengan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dan membuat pemantauan untuk memastikan api tidak merebak dan mendatangkan bahaya,” katanya.

Muhammad Rais dalam pada itu memuji tindakan pantas penduduk memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, telah berjaya menyelamatkan rumah tersebut daripada musnah terbakar.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa dan kemalangan jiwa,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tekong lemas terjatuh ke laut di Tanjung Po
Next: Pelajar lemas di Air Terjun Wong Ruan, Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.