Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesihatan fizikal dan minda dipupuk sejak sekolah bentuk pemimpin masa depan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kesihatan fizikal dan minda dipupuk sejak sekolah bentuk pemimpin masa depan

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis pada Majlis Penangguhan Larian Merpati 2026 anjuran PIBG SMK Simanggang, di sini baru-baru ini. Foto ADUN Simanggang.

SIMANGGANG: Aspek kesihatan fizikal dan kecergasan minda perlu dipupuk sejak di bangku sekolah bagi melahirkan barisan pemimpin masa hadapan yang berkualiti dan berdaya saing.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata usaha itu penting dalam memastikan generasi muda bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki ketahanan diri serta kepimpinan yang tinggi.

Menurutnya, penganjuran program berunsur kesihatan seperti larian mampu menjadi platform terbaik untuk membentuk jati diri pelajar selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Kita memerlukan pelapis pemimpin masa hadapan dengan tubuh badan sihat dan minda cergas, dan nilai ini perlu dipupuk serta disemai sejak di peringkat sekolah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Larian Merpati 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang, di sini baru-baru ini.

Program larian tahunan itu terbuka kepada penyertaan dari luar Bahagian Sri Aman dan berjaya menarik kira-kira 400 peserta dari beberapa daerah sekitar.

LARIAN Merpati 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang. Foto Adun Simanggang.

Sebanyak enam kategori larian dipertandingkan dengan tawaran hadiah menarik termasuk wang tunai RM200 bagi johan, RM150 bagi tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga berserta pingat, manakala tempat keempat hingga kesepuluh menerima saguhati RM50.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat, program tersebut turut bertujuan mengutip dana bagi membiayai aktiviti di bawah kelolaan PIBG SMK Simanggang sebagai sokongan kepada program kurikulum dan kokurikulum pelajar.

Dalam perkembangan sama, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang memaklumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 telah diluluskan sebagai fasa pertama, manakala tambahan RM20,000 akan disalurkan kepada PIBG selepas proses pengeluaran selesai.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sinar baharu buat murid SK Ulu Kabo, jambatan Nanga Apan kini siap sepenuhnya
Next: LPKP Sarawak bangkitkan kebimbangan keselamatan terhadap inisiatif bas sekolah percuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.