BRENDAN Rodgers berkata keputusan Jamie Vardy untuk kekal di Leicester telah mengukuhkan legasinya di King Power Stadium setelah penyerang itu menyamai jaringan “100 kelab” Liga Perdana Inggeris.
Penyerang itu menolak peluang untuk menyertai Arsenal pada 2016, hanya beberapa minggu setelah mengetuai kejayaan menjuarai Liga Perdana, Foxes.
Anggota lain daripada pasukan Leicester itu termasuk N’Golo Kante, Riyad Mahrez dan Danny Drinkwater melakukan perpindahan besar.
Pada Sabtu, Vardy, 33, menjaringkan gol Liga Perdana ke-100 beliau, 206 perlawanan setelah menjadi pemain pertama bernilai 1 juta pound daripada kelab bukan liga (Fleetwood Town) ketika dia menyertai Leicester pada tahun 2012.
Daripada 29 pemain yang telah menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris, hanya Ian Wright (28 tahun 286 hari) yang membuat penempilan pertamanya dalam pertandingan ini pada usia yang lebih tua bebanding Vardy (27 tahun 232 hari).
Pengurus Leicester, Rodgers berkata: “Saya rasa seakan-akan dia menjadi legenda di sini selama baki waktunya di kelab – ia hanya tambahan kepada statusnya ke atas baki kariernya.
“Sukar untuk menjatuhkan pemain jika mereka mahu terus maju kerana kerjaya mereka sangat pendek tetapi dia jelas merasa sangat selesa.
“Dia menemui rumahnya sebenar di sini. Dia dipuja oleh penyokong dan mereka benar-benar mencintainya.”
Vardy menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 Foxes menentang Crystal Palace pada hari Sabtu, mencapai tanda aras 100 dengan gol pertama. – AFP
LIGA PERDANA INGGERIS