Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keselamatan dan kebajikan pelajar UNIMAS diutamakan
  • TEMPATAN

Keselamatan dan kebajikan pelajar UNIMAS diutamakan

Utusan Sarawak 5 years ago

NUR AIN OTSMAN

KUCHING: Keselamatan dan kebajikan pelajar di kolej kediaman Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sentiasa diberi keutamaan dalam mendepani serangan wabak Covid-19.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS Profesor Dr Thomas Kana @ Kamarudin Kana memberi jaminan bahawa pihaknya komited menjaga keselamatan dan kebajikan lebih 2, 000 pelajar yang berada di kolej kediaman masing-masing pada ketika ini.

“Kita sedia maklum wabak Covid-19 semakin membimbangkan dan merisaukan kita semua.

“Oleh itu, kita telah mengarahkan dan meminta pelajar supaya bertenang dalam menghadapi suasana  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya dalam pesanan ringkas beliau di facebook rasmi UNIMAS, semalam.

Ujarnya , pelajar dinasihatkan supaya terus berada di kolej kediaman masing-masing.

“Kita sentiasa memantau pergerakan pelajar di dalam kampus. Perkhidmatan di kolej kediaman akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKP daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan kadar staf yang minima secara bergilir.

“Kafeteria akan sentiasa dibuka termasuk kedai serbaneka di dalam kolej kediaman tersebut,” jelasnya.

Pihaknya turut mengharapkan ibu bapa supaya bertenang dan jangan terdesak untuk membawa anak keluar daripada kampus berkenaan.

“Kita mengharapkan pelajar sering mematuhi arahan daripada pihak kolej dan pihak UNIMAS terutamanya dengan meminimakan pergerakan mereka,” tambahnya lagi.

Beliau turut berharap agar pelajar dapat duduk di bilik masing-masing dan keluar apabila waktu mengambil makanan dan mengambil langkah langkah pencegahan kebersihan diri masing-masing dengan membasuh tangan dengan sabun.

“Sekiranya pelajar mempunyai masalah demam di tengah malam, batuk dan sakit tekak, mereka boleh berhubung dengan pihak kolej dan seterusnya menghubungi Pusat Kesihatan UNIMAS untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Perkhidmatan ambulan juga dalam keadaan sedia sekiranya pelajar perlu dibawa ke hospital dalam keadaan segera.

“Sepanjang mereka berada di s ini, kita akan bantu sedaya upaya supaya mereka dapat bertenang dan tidak dalam keadaan bahaya.

“Kita mengharapkan pelajar akan patuh perintah kolej bagi melapor diri setiap hari supaya kita tahu keberadaan mereka,” ujarnya.

“Untuk pelajar yang berada di dalam kolej, mereka akan mendapat makanan sarapan pagi, tengahari dan malam yang disedia sepenuhnya oleh pihak universiti tanpa ada bayaran.

“Kita mengharapkan inisiatif seperti ini akan meringankan beban para pelajar. Saya merayu pelajar supaya sentiasa patuh kepada arahan PKP ini dengan mengurangkan pergerakan mereka. “Kita turut mengharapkan kerjasama daripada staf, ibu bapa dan pelajar supaya dapat bertenang dalam suasana sebegini,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tangguhkan Bazar Ramadan 2020
Next: Pekebun sayur rugi sehingga 50 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.