Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kes positif Covid-19 cecah 9.32 juta
  • GLOBAL

Kes positif Covid-19 cecah 9.32 juta

Utusan Sarawak 5 years ago

A woman is helped by a member of the Los Angeles Fire Dept. at a COVID-19 testing site in the Skid Row district Monday, April 20, 2020, in Los Angeles. (AP Photo/Marcio Jose Sanchez)

AAMERIKA SYARIKAT kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.36 juta kes. • Foto BERNAMA)

AMERIKA SYARIKAT: Jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 9.32 juta kes setakat pagi semalam.

Menurut data terbaru Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam yang lalu terdapat peningkatan kira-kira 170,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.36 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.14 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 600,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 456,000 kes dan United Kingdom dengan 308,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.

Sementara itu, sembilan negara merekodkan angka melebihi 100,000 kes iaitu Perancis, Jerman, Turki, Mexico, Pakistan, Arab Saudi, Bangladesh, Kanada dan Afrika Selatan.-AFP

Continue Reading

Previous: Setengah juta penduduk Jerman berkurung
Next: China lancar satelit Beidou terakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.