Gegaran gempa bumi Jepun dirasai di sebahagian Korea Selatan – Pihak berkuasa

Facebook
WhatsApp
WARTAWAN melihat siaran berita mengenai gempa bumi kuat dan kemungkinan ombak tsunami setinggi satu meter yang melanda selatan Jepun, dari sebuah pejabat di Tokyo pada 28 Julai 2026. Gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 melanda selatan Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun, yang turut mengeluarkan amaran tsunami. Foto AFP

SEOUL: Gegaran akibat gempa bumi bermagnitud 7.1 yang melanda Jepun pada Selasa turut dirasai di beberapa kawasan di Korea Selatan, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Di bandar pelabuhan Busan di tenggara negara itu, pihak berkuasa memaklumkan yang mereka  menerima 157 panggilan telefon yang melaporkan gegaran, dengan lebih banyak panggilan masih diterima.

Sebahagian penduduk dilaporkan berpindah ke kawasan yang lebih selamat. – Bernama