Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes keropok beracun, pekebun dibebaskan dengan jaminan polis
  • JENAYAH

Kes keropok beracun, pekebun dibebaskan dengan jaminan polis

Utusan Sarawak 10 months ago
TEMPOH reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya. Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

KULIM: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek yang merupakan seorang pekebun itu, direman sejak 11 Julai sehingga semalam.

“Tempoh reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas makan keropok mengandungi racun tikus.

Pada kejadian 7 Julai di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar dekat sini, kanak-kanak tersebut dipercayai mengambil peket keropok yang digantung pada dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun bagi memerangkap monyet.

Muhammad Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) 10 Julai, manakala Muhammad Luth Syauqi meninggal dunia dua hari kemudian di hospital sama.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling.

Siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan, Pahang
Next: Keluarga Nur Farah Kartini mohon urusan tuntut jenazah dipermudah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.