Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes jenayah komersial meningkat hampir 13 peratus suku pertama 2026
  • JENAYAH

Kes jenayah komersial meningkat hampir 13 peratus suku pertama 2026

Utusan Sarawak 12 hours ago
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa bercakap pada sidang media mengenai kejayaan menumpaskan sindiket jenayah komersil di Ibu Pejabat JSJK, Menara KPJ hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kes jenayah komersial dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 12.89 peratus dengan 64,643 laporan diterima berbanding 57,260 laporan bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata bagaimanapun, jumlah kerugian yang direkodkan menunjukkan penurunan sebanyak 2.8 peratus, iaitu daripada RM787 juta pada tahun lepas kepada RM764 juta bagi tempoh sama tahun ini. 

​”Bagi tindakan pendakwaan pula, jumlah kertas siasatan yang telah dituduh di mahkamah meningkat sebanyak 13.59 peratus, iaitu 5,140 kes berbanding 4,525 kes sebelumnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa menunjukkan barang kes pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK, Menara KPJ hari ini. Foto BERNAMA

​Beliau berkata secara keseluruhan, jenayah penipuan dalam talian kekal sebagai penyumbang terbesar daripada keseluruhan kes jenayah komersial bagi tempoh berkenaan, iaitu 87.74 peratus melibatkan 16,880 kes dengan kerugian lebih RM555.7 juta, berbanding 12,110 kes dengan kerugian RM573.6 juta pada tahun lepas.

Untuk kategori jenayah penipuan dalam talian, jenayah telekomunikasi merekodkan jumlah yang tertinggi dengan 5,981 kes membabitkan kerugian melebihi RM173 juta diikuti oleh jenayah e-dagang dengan 4,858 kes (RM30.4 juta), pelaburan tidak wujud 2,204 kes (RM246.7 juta) dan pinjaman tidak wujud 2,101 kes (RM15.5 juta)

​”Turut direkodkan ialah jenayah e-kewangan sebanyak 1,485 kes membabitkan kerugian RM83.4 juta serta penipuan cinta atau love scam sebanyak 251 kes dengan kerugian RM6.6 juta,” katanya.

Beliau berkata JSJK turut mencatat peningkatan tangkapan sebanyak 1.5 peratus pada suku pertama tahun ini dengan penahanan 7,190 individu berbanding 7,084 orang pada tahun lepas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tangkapan dadah terus dipergiat di Lawas
Next: Polis siasat kes simbah cecair merah, dipercayai ugutan along tersalah sasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.