Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kes Itali naik dua kali ganda
  • GLOBAL

Kes Itali naik dua kali ganda

Utusan Sarawak 5 years ago
TUNGGU GILIRAN…Pengunjung pulang dari pulau Sardinia menggunakan feri menunggu giliran ujian saringan yang diwajibkan oleh kerajaan Itali. • Foto AFP

ROM: Kes Covid-19 yang direkod- kan di Itali hampir dua kali gan-da dalam tempoh lima hari lalu, dengan lebih 1,200 kes semalam. Peningkatan itu ada kaitan ra- pat dengan pengembaraan dan hiburan musim panas, menurut laporan rasmi.

Itali merekodkan sebanyak 1,210 kes dalam tempoh 24 jam lalu, berbanding 642 pada Rabu, menurut angka terkini rasmi. Pada Sabtu, 1,071 kes direkod- kan, dengan 947 kes pada Jumaat dan 845 pada Khamis.

Kes paling tinggi direkodkan di wilayah Lombardy utara dengan 239 kes, disusuli dengan wilayah Rom merekodkan 184 kes dan wilayah Venice dengan 145 kes.

Tujuh kematian lagi direkod- kan pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 35,437 orang maut akibat Covid-19 di Itali, sejak negara itu dilanda wabak berkenaan.

Walaupun terdapat peningkatan kes yang berterusan, Menteri Kesihatan, Roberto Speranza menolak untuk melaksanakan semula perintah berkurung dengan alasan keadaan di negara itu masih terkawal.

Itali ketika ini merekodkan 18,438 kes, termasuk 69 pesakit dalam rawatan intensif. Lebih 200,000 rakyat Itali pulih dari penyakit ini dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Penolong Ketua Pengarah Inisiatif Strategik di Pertubuhan Kesi- hatan Sedunia (WHO), Ranieri Guerra, berkata peningkatan kes itu sebahagiannya, berikutan pe- ningkatan ujian saringan yang dijalankan.- AFP

Continue Reading

Previous: 13 maut dalam serbuan kelab malam
Next: Jerman kaji anjur konsert libatkan 4,000 sukarelawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.