Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes bunuh di Bintulu, polis tahan enam lelaki
  • JENAYAH

Kes bunuh di Bintulu, polis tahan enam lelaki

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Keadaan lokasi pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Bintulu yang mengakibatkan seorang lelaki maut, awal pagi tadi.

BINTULU: Polis berjaya menahan enam lelaki dalam tempoh kurang 24 jam bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang mengakibatkan seorang lelaki maut di hadapan sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 40-an terdiri daripada warga tempatan dan warga asing ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Miri.

“Bertindak atas maklumat, pasukan polis berjaya menahan enam individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa ditemui berlumuran darah di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Bintulu Medical Centre (BMC) dan seterusnya ke Hospital Bintulu.

Namun, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Menurut Nixon, usaha mengesan baki suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Bintulu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian dan menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Continue Reading

Previous: AADK musnahkan pondok pengedaran dadah di pedalaman Sarawak 
Next: Pakej melancong palsu: Bekas suami Kim Seri ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.