Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes denggi meningkat, tiada kematian direkodkan pada ME43
  • NASIONAL

Kes denggi meningkat, tiada kematian direkodkan pada ME43

Utusan Sarawak 2 years ago

PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 hingga 28 Oktober, berbanding 2,262 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME43.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 98,715 kes berbanding 49,569 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 49,146 kes atau 99.1 peratus. 

“Sejumlah 73 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 33 kematian bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Bilangan lokaliti hotspot pula menurun kepada 68 lokaliti berbanding 73 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 49 lokaliti di Selangor, sembilan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, enam di Perak dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak empat kes chikungunya direkodkan pada ME43, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini 181 kes.

Bagi survelan zika, sebanyak 2,982 sampel darah dan 301 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: KPKT sediakan garis panduan penginapan atasi isu tempat tinggal pekerja asing, tempatan
Next: Sistem RFID, MyDigital antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.