Kes Covid-19 di India melebihi 1.9 juta

Facebook
WhatsApp
A health worker wearing Personal Protective Equipment (PPE) suit sits inside a mobile testing bus while collects a swab sample from a resident for a free COVID-19 coronavirus test in Hyderabad on August 3, 2020. (Photo by Noah SEELAM / AFP)
DEMI KESELAMATAN…Seorang petugas memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sedang menjalankan ujian calitan pada seorang wanita di luar bas ujian swab untuk mengumpul sampel Covid-19. • Foto AFP

NEW DELHI: Kementerian kesihatan India semalam mengumumkan kes Covid-19 di negara itu sudah melebihi 1.9 juta iaitu mencecah 1,908,254.

Menurut agensi berita Xinhua, memetik data kementerian, sebanyak 52,509 kes baharu dikesan dalam 24 jam lalu. Selain itu, 857 kematian dilaporkan sejak Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan korban sehingga Rabu seramai 39,795 orang. 

Kadar kes sembuh di negara ini sebanyak 1,282,215 orang dan  terdapat sejumlah 586,244 kes aktif.  Selama beberapa minggu terakhir, India menumpukan untuk meningkatkan ujian sampel. Sehingga Selasa, sebanyak 21,484,402 sampel sudah diuji. – Bernama