Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes bunuh: Polis cari suspek warga asing
  • JENAYAH

Kes bunuh: Polis cari suspek warga asing

Utusan Sarawak 5 months ago

SUSPEK...Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek kes bunuh di rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Daerah Mukah semalam.

MUKAH: Seorang lelaki warga asing berumur 29 tahun maut akibat ditetak dalam satu pergaduhan di rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, berkata mangsa yang merupakan pekerja ladang tersebut, maut akibat kecederaan parah di bahagian leher dan perut selepas diserang menggunakan objek tajam.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek,” katanya dalam kenyataan media.

Susulan kejadian, pihak polis kini sedang memburu seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut. 

Suspek dikenali sebagai Aci, seorang lelaki warga asing berumur 30 tahun, yang dilaporkan melarikan diri ke kawasan ladang selepas kejadian.

“Polis telah melancarkan operasi mengesan suspek yang turut disertai oleh unit anjing pengesan K9 dan pasukan Gerakan Am (PGA). 

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. 

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Jarraw Madong di talian 013-8335929 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Continue Reading

Previous: Kes bunuh: Bapa tuntut hukuman setimpal
Next: Enam warga asing ditahan tiada dokumen perjalanan sah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.