Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes Alif Teega dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam
  • JENAYAH

Kes Alif Teega dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam

Utusan Sarawak 7 months ago
PEMPENGARUH media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani yang turut dikenali sebagai Alif Teega, 30, bersama isterinya Aisyah Hijanah Azhari, 26, hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi sebutan kes atas tuduhan salah guna wang infaq. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan kes pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani atau lebih dikenali sebagai Alif Teega atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang lebih RM60,000 yang diperoleh daripada kutipan dua program infak, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin untuk memindahkan kes itu bagi dibicarakan bersama 10 pertuduhan lain serta menetapkan sebutan kes pada Rabu ini (23 Oktober) dan wang jaminan berjumlah RM50,000 dilanjutkan.

Terdahulu, Julaila membuat permohonan itu mengikut Seksyen 61 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Mohd Shahrullah Khan yang mewakili Mohd Hazalif berkata pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan dan memohon mahkamah menetapkan tarikh awal bagi sebutan kes.

“Hal ini kerana pihak kami ada membuat permohonan untuk pemulangan pasport sementara anak guam saya (Mohd Hazalif) di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” katanya.

Pada 20 September lepas, Mohd Hazalif, 30, didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan infak iftar di Makkah, Syria dan Palestin, di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari di sini pada 26 April lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai RM27,558.13 bagi tujuan program Jom! Sertai Infaq Daging Qurban di bank yang sama pada 15 Jun tahun ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pada 23 September lepas, Mohd Hazalif dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah RM1.52 juta antaranya bagi tujuan infak kurma, infak al-Quran, infak pek makanan bagi fakir miskin di Makkah dan Madinah, bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu serta set pakaian raya untuk anak yatim. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Kemaskini: KPDN rampas 2,340kg minyak masak paket bersubsidi 
Next: APMM tahan bot tunda di perairan Bintulu  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.