Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama, sokongan perlu diteruskan demi jayakan aktiviti
  • Utara
  • WILAYAH

Kerjasama, sokongan perlu diteruskan demi jayakan aktiviti

Utusan Sarawak 2 months ago
BERBUKA PUASA…Keluarga Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi mengadakan Majlis Berbuka Puasa di salah sebuah restoran.

MARUDI: Pegawai Penerangan Marudi, Siti Mariam Mahdar menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa Komuniti Madani (KM) Kampung Pemindahan Marudi diketuai Pengerusi Hajijah Dollah atas kerjasama baik dan sokongan demi memajukan KM di kampung berkenaan.

Beliau berharap kerjasama dan sokongan semua ahli perlu diteruskan demi menjayakan aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang.

PERBINCANGAN …Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI Kampung Pemindahan mengadakan mesyuarat di pejabat Penerangan Marudi berbincang untuk mengadakan beberapa aktiviti MADANI akan datang.

Mesyuarat AJK Komuniti Madani Kampung Pemindahan dilangsungkan di pejabat Penerangan Marudi petang kelmarin.

Siti juga merakam terima kasih atas sokongan dan penglibatan ahli-ahli yang terlibat dalam program yang telah dilangsungkan di Daerah Kecil Long Lama dan program MADANI di Kucing baru-baru ini.

Katanya beberapa lagi program MADANI akan menyusul selepas ini. Antaranya Sembang Santai, program kemasyarakatan dan akan melaksanakan aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Beliau berharap kerjasama semua ahli diperlukan demi menjayakan aktiviti berkenaan nanti.

Dalam pada itu beliau juga menekankan sempena Ramadan, Komuniti MADANI juga akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pemindahan dan Kawasan Rukun Tetangga untuk mengedarkan bubur lambuk kepada komuniti sekitar pekan Marudi.

Selepas mengadakan mesyuarat, Komuniti MADANI Kampung Pemindahan mengadakan majlis Berbuka Puasa di sebuah restoran di sini sekali gus mengeratkan siratulrahim antara ahli Komuniti MADANI.
Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Platform pupuk silaturahim antara belia, komuniti
Next: Kongsi rezeki imarahkan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.