Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama premis perniagaan lancarkan pelaksanaan SKAS
  • Utara
  • WILAYAH

Kerjasama premis perniagaan lancarkan pelaksanaan SKAS

Utusan Sarawak 6 hours ago
ISKANDAR Turkee meninjau pelaksanaan SKAS di Pasar Raya Sinyin, Jepak di Bintulu hari ini.

BINTULU: Kerjasama premis perniagaan dalam menyediakan kemudahan kepada penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) membantu melancarkan pelaksanaan inisiatif kebajikan kerajaan di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, usaha Pasar Raya Sinyin menyediakan pelabelan khas bagi produk di bawah SKAS dan Program MADANI memudahkan penerima mengenal pasti barangan yang layak dibeli.

“Di sini kita melihat bahawa pemilik pasar raya ini memudahkan kepada pembeli untuk mengenal pasti adakah ini di bawah SKAS ataupun di bawah Projek MADANI,” katanya.

ISKANDAR Turkee dan Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan merakam gambar bersama warga setempat selepas simbolik pelancaran SKAS DUN N.67 Jepak di Pasar Raya Sinyin, Bintulu hari ini.
 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas simbolik pelancaran SKAS DUN N.67 Jepak di Pasar Raya Sinyin di Jepak di sini, hari ini.

Menurutnya, inisiatif yang dilaksanakan pihak pasar raya itu bukan sahaja memudahkan urusan penerima bantuan, malah membantu memastikan pelaksanaan program berjalan lebih teratur dan berkesan.

Tambah beliau, lokasi Pasar Raya Sinyin yang strategik turut memudahkan penduduk dari Sebemban, Setiam, Ulu Sebauh dan Kampung Segan mendapatkan bekalan keperluan harian tanpa perlu ke kawasan seberang (pusat bandar).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai 19,489 penerima kategori isi rumah, 4,834 penerima kategori bujang dan 17,082 penerima warga emas dikenal pasti sebagai penerima SKAS di Bahagian Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba musnahkan sarang tebuan di kebun Jalan Merudu
Next: Kerja baik pulih paip utama jejas trafik di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.