Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama pemimpin politik, kakitangan kerajaan penting demi kesejahteraan rakyat – Dr. Annuar
  • SEMASA

Kerjasama pemimpin politik, kakitangan kerajaan penting demi kesejahteraan rakyat – Dr. Annuar

Utusan Sarawak 2 months ago
PERASMIAN… Dr Annuar menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Berlanggar Meja Warna Warni Riang Hari Raya Aidilfitri anjuran MAKSAK Bahagian Sibu, malam tadi. Turut kelihatan ialah Anyi, Wong, Mohamad Porkan serta yang lain.

SIBU: Kerjasama erat antara pemimpin politik dan kakitangan kerajaan dalam melaksanakan tugas merupakan aspek penting bagi memastikan kepuasan hati seluruh masyarakat, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee.

Menurut beliau, walaupun tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak, matlamat utama setiap usaha adalah memastikan hasil kerja memberi impak positif yang besar kepada rakyat.

“Walaupun pendekatan yang digunakan mungkin berbeza, apa yang penting adalah kesan dan hasil kerja yang memenuhi kehendak rakyat secara keseluruhan. Itulah matlamat, objektif dan amanah yang harus kita pikul sebagai pemimpin dan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berlanggar Meja Warna-Warni Riang Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Bahagian Sibu, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut menegaskan bahawa masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan di Sibu, yang memerlukan kerjasama erat dari semua pihak — termasuk pimpinan masyarakat di pelbagai peringkat serta ketua-ketua jabatan.

“Saya berdoa agar kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi memastikan segala usaha pembangunan dan pentadbiran di bandar Sibu berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Menyentuh mengenai penganjuran majlis tersebut, Dr. Annuar berharap program seumpama ini turut dapat dilaksanakan sempena sambutan Gawai Dayak, Krismas dan Tahun Baharu Cina pada masa akan datang.

“Di Sarawak, kita mengamalkan tahap toleransi yang tinggi serta hubungan erat antara kaum.

“Saya percaya selepas Mei ini, kita akan menyambut Gawai. Siapa pun yang menjadi tuan rumah, saya harap program seperti ini dapat diteruskan, bukan sahaja semasa Gawai, tetapi juga semasa Krismas dan Tahun Baharu Cina.

“Melalui program sebegini, hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan penjawat awam dapat diperkukuhkan,” tambah beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Ngemah Anyi Jana, serta Residen Bahagian Sibu merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Fadillah rasmi Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China pertama
Next: Lebih 200 karya seni tempatan akan dipamerkan di “MY Visual Expressions”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.