
MIRI: Kerja-kerja pemulihan kemudahan bekalan air di Miri bermula petang tadi apabila jentera dan pasukan teknikal digerakkan ke lokasi terlibat bagi melaksanakan usaha pemulihan secara berperingkat.
Bermula sekitar 5.00 petang, deruan dan bunyi operasi jentera mula kedengaran sebagai tanda bermulanya kerja-kerja yang dijalankan bagi memulihkan kemudahan berkenaan demi kegunaan masyarakat setempat.
Dalam satu kenyataan, Sarawak Water memaklumkan bahawa usaha tersebut dilaksanakan dengan matlamat memastikan sistem yang terjejas dapat kembali berfungsi dengan baik dan perkhidmatan bekalan air dapat dipulihkan secepat mungkin.
Sehubungan itu, orang ramai diminta memberikan kerjasama agar setiap proses yang dijalankan berjalan lancar mengikut perancangan.
Sarawak Water turut menzahirkan harapan agar usaha pemulihan yang sedang dilaksanakan itu membuahkan hasil positif dan memberi manfaat kepada pengguna yang terkesan.