Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja pembinaan NCH tergendala akibat letusan gas
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja pembinaan NCH tergendala akibat letusan gas

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAPAK kawasan projek NCH Jalan Kuala Lawas mengeluarkan gas.

LAWAS: Kerja penggalian di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) bagi laluan di Kuala Lawas terhenti susulan penemuan gas yang meletus keluar dari dalam tanah hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu pihak mereka menerima panggilan berhubung penemuan tersebut sekitar 12.33 tengah hari tadi.

JBPM telah menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.

Berdasarkan laporan komander operasi, pihak bomba mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika kerja-kerja penggerudian dijalankan pada kedalaman kira-kira 45 meter.

Setakat 1.25 petang tadi, permukaan kawasan yang digerudi masih aktif mengeluarkan gas.

Sehubungan itu, pihak bomba telah memasang penghadang keselamatan dalam lingkungan 30 meter dari lokasi kejadian, manakala pihak kontraktor diarahkan menghentikan kerja penggerudian di kawasan tersebut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kelab Berami Pickleball terima peruntukan bagi program pembangunan sukan
Next: Bekalan air minuman di Miri masih mencukupi walaupun permintaan meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.