Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf Jalan Si Wo siap, boleh digunakan
  • WILAYAH

Kerja naik taraf Jalan Si Wo siap, boleh digunakan

Utusan Sarawak 5 months ago

SAKSI...Gung Chiu Kion (tengah) menyaksikan penyerahan kerja siap PMR. 

BINTANGOR: Jalan Si Wo di Sungai Labas kini telah siap kerja naik taraf dan dibuka kepada pengguna jalan. 

Kerja naik taraf jalan tersebut merupakan Projek Mesra Rakyat (PMR) di bawah peruntukan yang dimohon melalui Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak bersama ahli pasukan Pusat Khimat Wakil Rakyat P208 Sarikei telah membuat tinjauan projek siap tersebut pada hari ini. 

Hadir bagi menyaksikan penyerahan kerja siap PMR ialah Gung Chiu Kion selaku wakil Tiong Sii. 

Sementara itu, penduduk setempat menzahirkan penghargaan kepada Tiong Sii yang menyantuni rakyat melalui program menaik taraf infrastuktur luar bandar dan menjaga kepentingan rakyat.

Turut serta ialah wakil pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Kumpang Brandah, penduduk Jalai Si Wo, Ho Sun Khun dan ahli pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P208 Sarikei, Wong Soon Mee. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Wanita perlu proaktif gerak aktiviti ekonomi
Next: Tuah Nor Kasimah dapat hadiah motosikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.