Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja-kerja awal pembinaan blok Hospital Limbang diteruskan dalam RMK-13
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja-kerja awal pembinaan blok Hospital Limbang diteruskan dalam RMK-13

Utusan Sarawak 7 months ago
HOSPITAL PADAT… Lukarisman diiringi Pengarah Hospital Limbang Dr Syed Satahkatulah Mohamed Kalik melihat carta kehadiran pesakit yang ramai ke Hopital Limbang.

LIMBANG: Kerja-kerja awalan pembinaan blok Hospital Limbang sudah dimasukkan dalam rolling plan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan diteruskan dalam RMK-13 bagi mendapatkan kelulusan peruntukan bagi pembinaan Hospital Limbang sebagai Hospital Pakar Major.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman  Awang Sauni berkata, kerja awalan bagi membinaan blok  baharu Hospital Limbang kini sedang dilaksanakan termasuk mengenal pasti tapak tanah dan  penambahan peralatan kesihatan termasuk jumlah katil pesakit.

“Pembinaan hospital ini bukan seperti umum hari ini siap esok, ia  akan memakan masa dan kita akan bawa perancangan projek itu dalam  RMK-13 untuk mendapatkan perutukan besar bagi membangunkan hospital dan Poliklinik Limbang.

“Inisiatif ini adalah sejajar dengan perkara dan tuntutan yang kita bincangkan di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) yang mana dia setiap bahagian dikehendaki mempunyai klinik kromprehensif dan kita sedang menyiapkan  klinik jenis tiga diSerian Limbang dan Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika ditemui media selepas taklimat perkembangan pembinaan hospital Limbang dalam Program Jelajah Sarawak Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, baru-baru ini.

Turut sama, Pengarah Hospital Limbang Pengarah Hospital Limbang Dr Syed Satahkatulah Mohamed Kalik dan Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr Norliza Jusoh.

Kerja awalan pembinaan Hospital Limbang telah dimasukkan dalam rolling plan RMK-12 dan selepas kerja-kerja awalan selesai mereka dapat mengenalpasti jumlah katil untuk ditempatkan di hospital itu sekitar lebih 200 katil pesakit.

KKM juga, katanya akan mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk pembinaan hospital terbabit termasuk kos keseluruhan pembinaan.

Jelasnya, dalam perancangan itu, turut ditambah ialah bangunan dan blok wad dan jumlah kepakaran.

Katanya lagi, selain Hospital Limbang, KKM juga sedang merancang untuk membina  klinik jenis tiga atau Poliklinik Limbang bagi mengatasi kesesakan yang di hadapi di hospital itu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KKM: RM800,000 untuk Klinik Kesihatan Nanga Medamit
Next: Limpahan projek pembangunan mampu tarik lebih ramai pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.